Saturday, 31 October 2015

Tips Kejayaan Menduduki Peperiksaan


21 Teknik Pembelajaran yang Betul dan
Berkesan (UPSR/PT3/SPM)

Suasana Pembelajaran Yang Kondusif
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang
betul akan lebih mudah mencapai kejayaan
berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa
mengikut tatacara yang bersistem. Berikut
ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar
yang berkesan untuk membantu pelajar
berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun
seminit
Seorang pelajar yang cemerlang
menggunakan masa yang teruang, masa
pertukaran kelas, masa menunggu kereta
sewa, masa sebelum hidangan makanan.
Mereka boleh membaca satu atau dua
soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang
telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja
mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika.
Sikap ini bukan bermaksud kita mesti
membaca buku tersebut. Kemungkinan diri
anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia
memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan
kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini
membolehkan anda menyemai budaya belajar
yang positif dan sikap bertanggungjawab
terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk
mengulangkaji pelajaran yang anda lemah.
Pupukan semangat belajar pada awal pagi
biar pun anda tidak terasa mahu membaca.
Usaha ini akan menyemai semangat yang
kental terhadap pelajaran dan membolehkan
anda mulakan hari tersebut dengan azam
untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat
nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk
membolehkan anda merujuk kembali apa
yang telah anda baca. Ia tidak menjamin
ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa
ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas,
ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi
lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang
anda hendak lakukan pada hari tersebut.
Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat.
Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak
suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj
buku dan membacanya. Jika anda mempunyai
disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak
akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar.
Pastikan anda peruntukkan masa untuk
setiap mata pelajaran pada setiap hari jika
anda mahu mencapai kegemilangan dalam
semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa
untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini
akan membiasakan dirinya dengan corak
soalan yang sering keluar dalam peperiksaan
dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang
hanya begitu kepada buku teks tidak akan
lulus dengan cemerlang kerana mereka
tidak biasa dengan corak soalan
peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang
sebanyak yang mampu. Tidak ada had
ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa,
anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca
biar pun anda sudah faham atau sudah
mengingatinya. Semakin banyak anda
membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda
untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak
faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap
kesempatan yang ada untuk menjawab
kemusykilan anda. Biar pun anda sudah
faham , anda masih boleh menanya. Ini akan
menguatkan kefahaman dan ingatan anda.
Anggapkan guru anda, kakak atau abang
anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang
boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada
pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau
matematik, peruntukkan masa yang lebih
untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata
pelajaran yang disukai dan abaikan mata
pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda
pada bahagian yang anda rasa perlu
penumpuan lebih. Gunakan simbol dan
lorekkan bahagian yang anda anggap penting.
Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau
tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti
ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar.
Perhatikan bagaimana mereka belajar dan
semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka.
Tukar pendapat antara satu sama lain.
Berikan penemuan dan berkongsi soalan
yang anda buat dengan mereka. Ini akan
mengaktifan suasana tolong menolong dalam
haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada
adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan
membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang
tidak menyumbang kepada masa depan.”
Semakin anda memberi galakan untuk
mereka , semakin tinggi semangat anda
untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa
yang anda serukan akan menjadi panduan
dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa
kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan ,
jangan terlalu menumpukan perhatian pada
kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri
dalam bidang akademik. Jika anda mahu
berjaya dalam akademik, anda perlu
mempunyai masa ulangkaji yang cukup di
rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam
lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa
minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin
perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak
sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar
yang mantap dalam prestasi peperiksaan.
Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan
pastikan anda mematuhi rentak tersebut.
Jika anda seorang pelupa, pastikan anda
mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga
pada minggu-minggu yang akan datang. Jika
anda perlukan bimbingan tambahan ,
dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum
ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan
wawasankan hidup anda kelak. Apa yang
anda hendak capai. Apakah corak hidup
yang anda hajatkan. Apakah yang hendak
anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu
bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan
terima kasih. Adakah anda berhajat hendak
mengharumkan nama keluarga dan negara
anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja
yang membanggakan diri anda dan keluarga
anda? Bila anda membaca buku, kaitkan
dengan hidup anda. Anda bukan sekadar
mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan ,
anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan
mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu
diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak
relakan masa depan saya tergadai oleh okr
yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran
atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada
kertas . Layankan semua gangguan ini
selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan
musik latar yang lembut untuk menjadikan
suasana belajar lebih menyelerakan (jika
sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah
tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan ,
maklumkan hajat anda untuk berjaya dan
minta adik-adik anda menolong anda dalam
beberapa aspek kerja rumah tangga.
Amalkan sikap tolong menolong dalam
keluarga. Bila masanya mereka yang
menduduki peperiksaan SPM, sama-sama
menolong dirinya. Budaya berkongsi beban
kerja rumah tangga seperti mencuci kasut,
menyapu lantai dan lain-lain akan memberi
lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual
ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan
September. Sebulan sebelum peperiksaan ,
anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap
mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab.
Ini boleh dilakukan dengan membahagikan
bilangan mukasurat buku dengan bilangan
hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji
mukasurat berkenaan pada hari yang
ditetapkanm pangkahkan dengan besar
menggunakan pensil. Pastikan anda membaca
mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba.
Tapi, sebelum anda membaca mukasurat
yang terhutang, pastikan anda telah siap
ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk
hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri
dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau
kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang
untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang ,
kita perlu belajar menyesuikan diri dengan
kekurangan yang ada. Semakin mencabar
keadaan anda , semakin besar ujian
ketahanan diri anda. Beritahu diri anda ,
“biar apa yang berlaku, saya tetap dapat
menjalankan tugas saya kerana saya
seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan belas : Berhati-hati dengan
kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan
anda tidak suka belajar. Mereka cuba
mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis
kegiatan yang hanya membuangkan masa
anda. Berani berkata “tidak” dan menolak
mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali
menjadi mangsa kepada mereka kononnya
anda tidak mahu melukakan hati mereka.
Jika anda mengikut rentak mereka, anda
akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak
menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana
tidak menampakkan kemajuan yang nyata
dalam keputusan peperiksaan sekolah.
Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-
lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam
keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian
sekolah tidak menggambarkan anda pasti
akan lulus atau gagal dalam peperiksaan
akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan
berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan
minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan
SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang
yang anda hendak ceburi. Mungkin anda
minat dengan bidang kedoktoran, baca
majalah dan bahan rujukan am yang
berkaitan dengan cita-cita anda tersebut.
Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada
keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat
dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan
masa untuk belajar membaiki kereta atau
anda juga boleh menolong kawan anda
membaiki kereta mereka. Kegiatan
sedemikian menjadikan makna pembelajaran
lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar
kerana anda mempunyai hala tujuan yang
nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu
menguasai seni tersebut , anda boleh
berjaya biar pun diri anda mempunyai
beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini
menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai
prestasi yang lebih cemerlang dalam
pelajaran.

Monday, 5 October 2015

Mancing Keli

Wednesday, 17 June 2015

Hikmah Puasa

Salam ramadhan buat semua..smg dgn bulan yg pnh keberktn ni dapat kita memeriahkan dengan ibadat..amin.. Erm..puasa sebenarnya hasil drpd Allah menciptakan aqal dan nafsu..bila Allah sudah menciptakan aqal, maka Allah bertanya " wahai aqal, siapa engkau dan siapa aku? " aqal menjawab " aku hambaMu yg hina dan engkaullah tuhanku yuhan sekelian alam.." Maka Allah jaminkan bahawa aqal ialah makhluk yg istimewa..maka bila sudah Allah menciptakan nafsu, maka Allah bertanyakan kpd nafsu " wahai nafsu, siapa engkau dan siapa aku?" Maka jawab nafsu " engkau engkaulah..aku akulah" jawabnya dengan egoisnya...maka Allah campakkan nafsu dalam neraka selama beberapa waktu..bila Allah keluarkan nafsu dari neraka, maka Allah tanyakan kembali.."wahai nafsu, siapa engkau dan siapa aku?" Maka jawab nafsu " engkau engkaulah dan aku akulah" jawapan yg sama diberikan.....namun apabila allah perintahkan berpuasa beberapa waktu, maka berpuasalah nafsu...bila sudah tamat suatu masa, Allah tanyakan kembali " wahai nafsu, siapa engkau dan siapa aku?" Maka jawab nafsu, " engkau ialah tuhanku dan aku ialah hambamu yg lemah" maka runtuhlah ego nafsu..disebabkn itulah dengan mendidik nafsu, hanya berpuasa..wallahua' lam..selamat berpuasa semua...

Wednesday, 10 June 2015

Bisnes Pisang...

Assalamualaikum semua...pg ni sy nk kongsikan satu bisnes yg untung..ramai yang tak menyangka bahawa bisnes pisang suatu yang menguntungkan..bermula drpd benih pokok pisang yang murah..ada yang menjual rm0.50, ada yang menjual rm1.00 ada sesetengah benih pokok tu rm1.50.. Walaubagaimanapn ia dianggap modal yang kecil, tp untg yg besar nanti..pisang ni xsusah jaga dia..letak baja daun dan baja buah sudah..tgk2 dh banyak daun..daun jika dh banyak tggu buah jela..sambil2 tgk jauh2 je..pisang ni ble dia dh besar, ada anak lain yang tumbuh..kita tanam 1, tp dapat 5 anak..untung taw?... Ble buah dh elok besar, jawabnye tggu juallah..wktu tu duet masyuk ler... Modal rm100 dpt rm1000 rm2000..fuhhh..xmau lg??? Tepuk dada tanya iman..hehe..slamat berbisnes..

Saturday, 6 June 2015

Cerita korea..

Banyak cerita skrg seronok lihat cerita korea..best2 lak tu..cerita bersiri yg pnh dgn dramatik..sy pn syok tgk..ape2 pn cerita walaubagaimanapn kna balik pd asal..kaji balik kekurangan crita ngara kita..tu yg pntg..bru kitacdapat maju kehadapn..good luck..

Wednesday, 6 May 2015

Permatang Pauh

Selamat mengundi buat anak2 watan permatang pauh..ramai yang menyangka BN yg menang, ada yang jangka PKR yg menang..kalau menang BN, rakyat sokong GST, kalau sokong PKR, rakyat boikot GST..setelah sebulan GST, ni la hasil yang mungkin kita dapat lihat..sama2 kita nantikan keputusan..

Karya : mati sementara...

Disaat mata nak terlelap, hati teringat pada pencipta..subhanallah.. terkenang dosa yang dilakukan hari ini..tak banyak pahala yang dibuat..tatkala senja sudah berlabuh, tiada lagi secerah pawarna..tiada lagi panorama indah..yang hanya terbayang adalah gelap gelita yang menyelubungi..

Ya Allah ampunilah dosaku hari ini, moga esok lebih baik dari hari ini.amin ya rabb..moga kasihku diterima walaupun sezarah.. tinta mentari senja sebelum mata terlelap..moga nafas baru akan menantiku esok


sekian selamat malam semua....
 
Template Designed by Farahin | © All Rights Reserved.