21 Teknik Pembelajaran yang Betul dan
Berkesan (UPSR/PT3/SPM)
Suasana Pembelajaran Yang Kondusif
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang
betul akan lebih mudah mencapai kejayaan
berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa
mengikut tatacara yang bersistem. Berikut
ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar
yang berkesan untuk membantu pelajar
berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun
seminit
Seorang pelajar yang cemerlang
menggunakan masa yang teruang, masa
pertukaran kelas, masa menunggu kereta
sewa, masa sebelum hidangan makanan.
Mereka boleh membaca satu atau dua
soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang
telah mereka baca.
Kedua – Membawa buku ke mana sahaja
mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika.
Sikap ini bukan bermaksud kita mesti
membaca buku tersebut. Kemungkinan diri
anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia
memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan
kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini
membolehkan anda menyemai budaya belajar
yang positif dan sikap bertanggungjawab
terhadap pelajaran.
Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk
mengulangkaji pelajaran yang anda lemah.
Pupukan semangat belajar pada awal pagi
biar pun anda tidak terasa mahu membaca.
Usaha ini akan menyemai semangat yang
kental terhadap pelajaran dan membolehkan
anda mulakan hari tersebut dengan azam
untuk berjaya.
Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat
nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk
membolehkan anda merujuk kembali apa
yang telah anda baca. Ia tidak menjamin
ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa
ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas,
ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi
lebih mudah.
Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang
anda hendak lakukan pada hari tersebut.
Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat.
Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak
suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj
buku dan membacanya. Jika anda mempunyai
disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak
akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar.
Pastikan anda peruntukkan masa untuk
setiap mata pelajaran pada setiap hari jika
anda mahu mencapai kegemilangan dalam
semua mata pelajaran.
Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa
untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini
akan membiasakan dirinya dengan corak
soalan yang sering keluar dalam peperiksaan
dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang
hanya begitu kepada buku teks tidak akan
lulus dengan cemerlang kerana mereka
tidak biasa dengan corak soalan
peperiksaan.
Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang
sebanyak yang mampu. Tidak ada had
ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa,
anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca
biar pun anda sudah faham atau sudah
mengingatinya. Semakin banyak anda
membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda
untuk lulus dengan cemerlang.
Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak
faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap
kesempatan yang ada untuk menjawab
kemusykilan anda. Biar pun anda sudah
faham , anda masih boleh menanya. Ini akan
menguatkan kefahaman dan ingatan anda.
Anggapkan guru anda, kakak atau abang
anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang
boleh membantu anda dalam hal ini.
Kesembilan : Berikan penumpuan pada
pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau
matematik, peruntukkan masa yang lebih
untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata
pelajaran yang disukai dan abaikan mata
pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda
pada bahagian yang anda rasa perlu
penumpuan lebih. Gunakan simbol dan
lorekkan bahagian yang anda anggap penting.
Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau
tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti
ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar.
Perhatikan bagaimana mereka belajar dan
semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka.
Tukar pendapat antara satu sama lain.
Berikan penemuan dan berkongsi soalan
yang anda buat dengan mereka. Ini akan
mengaktifan suasana tolong menolong dalam
haluan memajukan pelajaran masing-masing.
Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada
adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan
membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang
tidak menyumbang kepada masa depan.”
Semakin anda memberi galakan untuk
mereka , semakin tinggi semangat anda
untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa
yang anda serukan akan menjadi panduan
dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa
kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan ,
jangan terlalu menumpukan perhatian pada
kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri
dalam bidang akademik. Jika anda mahu
berjaya dalam akademik, anda perlu
mempunyai masa ulangkaji yang cukup di
rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam
lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa
minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin
perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak
sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar
yang mantap dalam prestasi peperiksaan.
Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan
pastikan anda mematuhi rentak tersebut.
Jika anda seorang pelupa, pastikan anda
mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga
pada minggu-minggu yang akan datang. Jika
anda perlukan bimbingan tambahan ,
dapatkan tuisyen.
Ke empat belas : Persiapan minda sebelum
ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan
wawasankan hidup anda kelak. Apa yang
anda hendak capai. Apakah corak hidup
yang anda hajatkan. Apakah yang hendak
anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu
bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan
terima kasih. Adakah anda berhajat hendak
mengharumkan nama keluarga dan negara
anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja
yang membanggakan diri anda dan keluarga
anda? Bila anda membaca buku, kaitkan
dengan hidup anda. Anda bukan sekadar
mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan ,
anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan
mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu
diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak
relakan masa depan saya tergadai oleh okr
yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran
atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada
kertas . Layankan semua gangguan ini
selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan
musik latar yang lembut untuk menjadikan
suasana belajar lebih menyelerakan (jika
sesuai).
Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah
tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan ,
maklumkan hajat anda untuk berjaya dan
minta adik-adik anda menolong anda dalam
beberapa aspek kerja rumah tangga.
Amalkan sikap tolong menolong dalam
keluarga. Bila masanya mereka yang
menduduki peperiksaan SPM, sama-sama
menolong dirinya. Budaya berkongsi beban
kerja rumah tangga seperti mencuci kasut,
menyapu lantai dan lain-lain akan memberi
lebih masa untuk anda belajar.
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual
ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan
September. Sebulan sebelum peperiksaan ,
anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap
mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab.
Ini boleh dilakukan dengan membahagikan
bilangan mukasurat buku dengan bilangan
hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji
mukasurat berkenaan pada hari yang
ditetapkanm pangkahkan dengan besar
menggunakan pensil. Pastikan anda membaca
mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba.
Tapi, sebelum anda membaca mukasurat
yang terhutang, pastikan anda telah siap
ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk
hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri
dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau
kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang
untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang ,
kita perlu belajar menyesuikan diri dengan
kekurangan yang ada. Semakin mencabar
keadaan anda , semakin besar ujian
ketahanan diri anda. Beritahu diri anda ,
“biar apa yang berlaku, saya tetap dapat
menjalankan tugas saya kerana saya
seorang yang tahan lasak.”
Ke sembilan belas : Berhati-hati dengan
kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan
anda tidak suka belajar. Mereka cuba
mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis
kegiatan yang hanya membuangkan masa
anda. Berani berkata “tidak” dan menolak
mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali
menjadi mangsa kepada mereka kononnya
anda tidak mahu melukakan hati mereka.
Jika anda mengikut rentak mereka, anda
akan melukakan masa depan sendiri.
Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak
menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana
tidak menampakkan kemajuan yang nyata
dalam keputusan peperiksaan sekolah.
Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-
lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam
keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian
sekolah tidak menggambarkan anda pasti
akan lulus atau gagal dalam peperiksaan
akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan
berhenti.
Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan
minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan
SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang
yang anda hendak ceburi. Mungkin anda
minat dengan bidang kedoktoran, baca
majalah dan bahan rujukan am yang
berkaitan dengan cita-cita anda tersebut.
Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada
keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat
dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan
masa untuk belajar membaiki kereta atau
anda juga boleh menolong kawan anda
membaiki kereta mereka. Kegiatan
sedemikian menjadikan makna pembelajaran
lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar
kerana anda mempunyai hala tujuan yang
nyata.
Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu
menguasai seni tersebut , anda boleh
berjaya biar pun diri anda mempunyai
beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini
menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai
prestasi yang lebih cemerlang dalam
pelajaran.
No comments:
Post a Comment